Panduan Proses Dirisiap Alat
Panduan Proses Dirisiap Alat (Pentax Digital Theodolit)
Oleh : Sr. Wan Ngah B. Mat, MRISM
Peralatan :
- Teodolit digital(Pentax)
- Tripod
PROSES MENDIRISIAP ALAT (THEODOLIT, EDM. ALAT ARAS)
1. Dirisiap
- Menyediakan theodolit di atas stesyen
- Pasang theodolit di atas tripod, sesuaikan ketinggian dan bawakan ke atas stesyen
- Tetapkan satu kaki tripod, pijak dengan kuat. Letakkan mata pada optical plummet untuk melihat stesyen. Angkat kedua-dua kaki tripod secara serentak dan gerakkan alat ke depan/ke belakang atau kiri/kanan untuk mencari piket.
- Bila piket nampak kelihatan di dalam pandangan melalui optical plummet, jatuhkan kedua-dua kaki tripod dan pijak dengan kuat.
- Pemusatan Kasar
- Pengarasan Kasar
- Lakukan pengarasan kasar (Levelling) melalui circular bubble dan adjustment terhadap tinggi kakitiga (turun / naikkan mana-mana @ kombinasi mana-mana kakitiga)
- Semak pemusatan dengan optical plumet. Tepatkan pemusatan dengan melonggarkan sedikit tribach tighting screw dan gerakkan tapak alat (tribach) supaya berada betul-betul tepat di atas stesyen.
- Pelarasan Halus (levelling)
- Lakukan pelarasan halus dengan foot screw mengikut 5 step. Sila rujuk langkah-langkah Pelarasan Halus. ( Step 1-2-3-4-5 - semak)
- Semak pemusatan sekali lagi dengan optical plumet. Tepatkan pemusatan dengan melonggarkan sedikit tribach tighting screw dan gerakkan tapak alat (tribach) supaya berada betul-betul tepat di atas stesyen.
- Ulang langkah (1-4) sehingga alat betul-betul memusat dan aras.
2. Menghilangkan bezalihat
- Target teropong ke tempat terang (dinding putih atau langit) laraskan screw kanta mata supaya garis stadia (cross hair) nampak dengan jelas kepada pencerap.
- Target teropong ke objek (target) dan laraskan screw pemfokus (focusing screw) untuk mendapatkan imej yang jelas dan tepat. Selepas kedua-dua screw ini dilaraskan, objek dan garis stadia sepatutnya dalam keadaan jelas dan bersedia untuk dibuat cerapan.