Pengenalan Bengkel Ukur
Semua orang yang terlibat dengan kursus Ukur Kejuruteraan
akan terlibat secara langsung dengan berbagai jenis peralatan ukur. Mereka adalah
merupakan pelanggan Bengkel Ukur yang terdiri dari pelbagai kumpulan seperti
pensyarah, pembantu makmal ukur, juruteknik dan kumpulan terbesar iaitu
pelajar.
Kebanyakan mereka terutamanya pelajar adalah tidak
mengetahui dan tidak memahami secara tepat prosedur dan kaedah penggunaan
alat-alat ukur. Mereka juga tidak mengetahui kaedah penggunaan alat dengan
betul, kaedah penjagaan dan tatacara penyimpanan yang sewajarnya. Perkara ini kadang-kadang
dianggap remeh oleh setengah pihak. <Baca Seterusnya>