Pengenalan JKA

 

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) merupakan salah satu dari enam jabatan yang ada di Politeknik Kota Bharu. Terdapat dua unit utama di bawah JKA iaitu Unit Kejuruteraan Awam dan Unit Ukur Bahan.

Jabatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan dan dibantu oleh Penolong Ketua Jabatan, Ketua-ketua Program setiap unit, pensyarah-pensyarah dan kakitangan bukan akademik. Kursus-kursus yang dikendalikan oleh jabatan ini banyak memberi pendedahan kepada para pelajarnya di dalam aspek teori dan juga kemahiran amali.

Berlandaskan matlamat melahirkan lulusan yang berkebolehan, para pelajar akan sentiasa diberi bimbingan dan pemantauan di samping pelbagai kemudahan bagi menjadikan pekerja yang cekap dan mahir di dalam bidang masing-masing. Pensyarah-pensyarah di JKA sentiasa bersedia seiring dengan perkembangan teknologi semasa di dalam melahirkan lulusan yang berinovasi, berwibawa, berproduktif dan kreatif.


Pengenalan Makmal Ukur Kejuruteraan


Makmal Ukur Kejuruteraan terletak di Bangunan Bengkel Jabatan Kejuruteraan Awam.  Pelanggan Makmal Ukur adalah terdiri dari pelbagai kumpulan seperti pensyarah, pelajar, pembantu makmal ukur dan juruteknik.

Semua pelajar yang mengambil kursus ukur kejuruteraan akan menggunakan Makmal Ukur, justeru mereka merupakan kumpulan pelanggan terbesar Makmal Ukur dan akan terlibat secara langsung dengan pelbagai jenis peralatan ukur

Selamat datang ke

i-Lab Ukur Kejuruteraan

Politeknik Kota Bharu