Panduan Penyediaan Laporan Amali



JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
POLITEKNIK KOTA BHARU
PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN AMALI UKUR KEJURUTERAAN
Oleh :  Sr. Wan Ngah B. Mat, MRISM. 

OBJEKTIF LAPORAN


  1. Membantu pelajar memahami teori yang dipelajari di kelas dan penggunaannya di lapangan.
  2. Melatih pelajar menyediakan laporan lengkap tentang kerja-kerja ukur yang telah dijalankan di lapangan.
  3. Mendorong pelajar membuat rujukan lanjut kepada bahan-bahan rujukan lain selain dari nota pensyarah.
  4. Membantu pelajar mengulangkaji pelajaran secara tidak lansung.


Garis panduan umum penulisan laporan.


  1. Laporan hendaklah bertulisan tangan di atas kertas putih bergarisan (ruled foolscap paper) bersaiz A4 (297 x 210 mm).  Laporan yang telah siap hendaklah dijilid kemas secara sederhana.  Penggunaan kertas “fancy” tidak digalakkan, kecuali untuk muka depan. 
  2. Penggunaan istilah Bahasa Malaysia hendaklah betul dari segi maksud dan ejaannya.  Penggunaan istilah Bahasa Inggeris hendaklah dipastikan menggunakan ejaan yang betul dan dibezakan dengan dikurungkan secara italic atau diletakkan di dalam “    ”.
  3. Pelajar-pelajar adalah dilarang keras dari meniru karya pelajar-pelajar lain samada dari rakan sekelas atau dari pelajar-pelajar lepas.  

Pembahagian skima pemarkahan Laporan Amali


PERKARA

PEMBAHAGIAN MARKAH
MUKA DEPAN (Hard / Fancy Cover)
1
Tajuk, Tarikh Kerjaluar (Tarikh Mula / Tarikh Siap), Lokasi,
Nama dan No. Pendaftaran, Kelas, Kumpulan,
Ahli-ahli kumpulan
Nama Pensyarah
Daftar Isi Kandungan dan Muka Surat
0.5
KANDUNGAN


Pengenalan

Tujuan/Objektif Pengukuran
Penerangan tentang tujuan atau kegunaan kaedah pengukuran ini dijalankan..
Alat-alat Yang Digunakan:
Penerangan ringkas dan jelas berkenaan peralatan yang digunakan, disertakan lakaran/rajah/gambar. Rajah-rajah dan lukisan yang disertakan hendaklah kemas, berlabel dan diberikan penerangan ringkas.  Penekanan terhadap cara/aturan penggunaan alat, pengoperasian dan aturcara/langkah penggunaan.
Tiori Dasar
Menerangkan teori-teori dasar yang terlibat dalam kaedah pengukuran ini.
Cara/Kaedah Kerja
Penerangan tentang cara kerja yang digunakan disamping sebab-sebab kaedah tersebut dipilih,  termasuk lakaran lokasi kawasan pengukuran. Menerangkan dengan jelas langkah-langkah kerja yang dijalankan semasa kerjaluar, bermula di peringkat awal (perancangan) hingga kepada pengukuran, pengambilan data, pembukuan dan juga persembahan hasil kerja.
Hasil Kerja
Lampiran hasil kerja luar.  Persembahan hasil kerja yang merangkumi cara kiraan, hasil kiraan dan persembahan akhir data-data pengukuran dalam bentuk pelotan / plan.
Analisa dan Kesimpulan
Menganalisa, memberi komen dan ulasan tentang hasil kerja yang telah diperolehi dari pengukuran.  Merumuskan kesimpulan berdasarkan kerja hasil kerja luar dan teori-teori pengukuran.
Penutup
Kata penutup dan ulasan pelajar.
Senarai rujukan
Persembahan dan Kekemasan Laporan.


1

1.5

3



3

3



2


2


1



2


JUMLAH
Nota :     
Pembahagian skima ini adalah sebagai panduan bagi pelajar untuk menilai kepentingan sesuatu isi kandungan Laporan. Pembahagian markah sebenar adalah terletak di atas budi bicara Pensyarah berkenaan.



20


JAM

Selamat datang ke

i-Lab Ukur Kejuruteraan

Politeknik Kota Bharu

KPM

PKB

SPMP

Forum PKB

CIDOS

FB

Total Pageviews